Tuesday, 24 November 2015

PENGENALAN TENTANG PASARAN HADAPAN


Apa itu Futures Market atau dalam Bahasa Melayunya adalah PASARAN HADAPAN?


Pasaran hadapan juga dikenali sebagai pasaran derivatif, tidak ramai dikalangan kita yang tahu akan adanya instrument derivatif ini.


Pasaran hadapan adalah, satu  kontrak jual beli (saya jual dan anda beli) bagi menentukan  harga produk seperti indeks, komoditi dan lain-lain pada masa hadapan. Oleh yang demikian ianya diberi jolokkan Futures Market.


"Bahasa mudah faham, kita berjual beli pada hari ini bagi menentukan harga pada bulan hadapan, sebagai contoh"

Definisi teknikalnya:


Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:
“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”(pakdi.net)

Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio pelaburan. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu. 


Terdapat pelbagai produk pasaran hadapan ini jika di Bursa Malaysia antara yang popular:



1. FCPO (Futures Crude Palm Oil-Pasaran sawit Hadapan)

2. FKLI (Pasaran Indeks Hadapan Kuala Lumpur)


Jika produk hadapan luar Malaysia yang popular adalah:


1. CL (Pasaran Minyak Mentah)


2. ZL (Pasaran Minyak Soya)


3. Pelbagai lagi boleh layari Investing.com untuk maklumat lanjut


Pasaran hadapan ini boleh dikatakan risikonya amat tinggi!, tetapi dengan ilmu kita sebagai pedagang dapat mengurangkan risiko berdagang dengan adanya ilmu.


Mengapa kami berniaga di Pasaran hadapan?


1. Tidak perlu pening memilih dan evaluasi produk.


2. Tidak perlu mencari pelanggan dan menjaja (InsyaAllah sudah ada pelanggan)


3. Margin keuntungan yang besar! Tapi awas ini adalah perniagaan RUGI itu pasti!


4. Boleh berjual beli secara fleksible tempatnya (Saya memilih hanya dirumah)


5. 9/10 kekayaan sabda Nabi Muhammad S.A.W adalah daripada perniagaan.


6. Pasaran dua hala (harga turun boleh untung, harga naik juga boleh untung)


Berdagang dalam pasaran hadapan memerlukan ilmu dan emosi yang secukupnya, nasihat kami, galilah ilmu sebelum berperang!


Nota: ini merupakan entri awal, dan pihak kami Akademi 161 akan berkongsi lebih banyak info tentang pasaran hadapan



No comments:

Post a Comment