Beberapa sebab kami memilih urusniaga Pasaran Hadapan FCPO berbanding pasaran hadapan yang lain.
Antaranya :
●FCPO adalah produk pelaburan tempatan dan diniagakan dalam Ringgit Malaysia.
●FCPO adalah produk pelaburan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia dimana ketelusan dan kredibilitinya dipantau secara langsung oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
●FCPO adalah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti sebagai produk pelaburan yang mematuhi syariah.
●Keuntungan daripada pelaburan FCPO adalah bebas daripada cukai.
●FCPO adalah instrumen pelaburan yang mempunyai ketahanan inflasi dan kebanyakan pengaruh ekonomi lain kerana sifatnya yang dwi-arah (two way market).
●FCPO adalah produk futures yang paling lama bertahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia.
●FCPO menawarkan leverage yang tinggi di mana potensi pulangan adalah lebih tinggi (bagi setiap RM yang dilaburkan) berbanding peluang pelaburan kewangan yang lain yang ditawarkan di Malaysia.
●FCPO adalah disandarkan kepada pasaran minyak sawit yang matang dan global di mana peserta fizikal (hedgers) adalah terlibat secara aktif dan ini menyumbang kepada pergerakan pasaran yang benar-benar disandarkan kepada permintaan dan penawaran pasaran minyak sawit itu sendiri


No comments:
Post a Comment