Tuesday, 8 December 2015

8 SEBAB AMPUH BERDAGANG MINYAK SAWIT MENTAH (FCPO)







Beberapa sebab kami memilih urusniaga Pasaran Hadapan FCPO berbanding pasaran hadapan yang lain.

Antaranya :

●FCPO adalah produk pelaburan tempatan dan diniagakan dalam Ringgit Malaysia.

●FCPO adalah produk pelaburan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia dimana ketelusan dan kredibilitinya dipantau secara langsung oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

●FCPO adalah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti sebagai produk pelaburan yang mematuhi syariah.

●Keuntungan daripada pelaburan FCPO adalah bebas daripada cukai.

●FCPO adalah instrumen pelaburan yang mempunyai ketahanan inflasi dan kebanyakan pengaruh ekonomi lain kerana sifatnya yang dwi-arah (two way market).


●FCPO adalah produk futures yang paling lama bertahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia.

●FCPO menawarkan leverage yang tinggi di mana potensi pulangan adalah lebih tinggi (bagi setiap RM yang dilaburkan) berbanding peluang pelaburan kewangan yang lain yang ditawarkan di Malaysia.

●FCPO adalah disandarkan kepada pasaran minyak sawit yang matang dan global di mana peserta fizikal (hedgers) adalah terlibat secara aktif dan ini menyumbang kepada pergerakan pasaran yang benar-benar disandarkan kepada permintaan dan penawaran pasaran minyak sawit itu sendiri




Nantikan entri seterusnya kami berkongsi tentang broker yang menawarkan platform jual beli FCPO
Like dan share Akademi 161 (Klik)
Taiko Trader 3 lagi 5 HARI lagi
13 dan 14 Disember 2015
Jumpa disana!

Monday, 30 November 2015

URUSNIAGA FCPO MENJANA DUIT POKET






Urusniaga FCPO Menjana Duit Poket 



Sebelum entri ini bercerita tentang bagaimana anda boleh menjana keuntungan,
mari kita pergi berkenalan dahulu dengan produk derivatif Bursa Malasysia "Futures Crude Palm Oil"


FCPO atau nama lainnya adalah PASARAN SAWIT HADAPAN.


Umumnya kita sedia maklum di-Malaysia antara tanaman yang selalu kita lihat dan tidak asing lagi dimata kita selain sawah padi adalah tanaman pokok kelapa sawit dan urus niaga dijalankan secara fizikal.

Minyak Sawit Mentah (ihsan carian Google)


Tahukah anda harga minyak sawit mentah fizikal pada hari ini sudah ditentukan 3 bulan yang lepas?


Bagaimana?


Harga minyak sawit mentah fizikal telah ditentukan melalui platform jual beli elektronik, 3 bulan hadapan.

Sebagai contoh hari ini kita berdagang pada bulan Disember 2015 bagi menentukan harga pasaran minyak sawit mentah fizikal pada bulan Febuari 2016. 
(detail akan dibincangkan dalam Kelas Asas FCPO)


Saiz kontrak: 1 lot bersamaan dengan 25 tan minyak sawit mentah


Margin untuk 1 lot bersamaan dengan RM 5000.00 (tiada perubahan berlaku pada 1 Disember 2015), margin ini akan berubah mengikut volatili pergerakan harga semasa


Pergerakan harga di dalam platform dinisbahkan sebagai 1 tick atau RM 1.00, dan cara pengiraan jika profit atau loss akan digandakan kepada RM 25.00


Sebagai contoh jika harga awal di dalam platform RM 2000.00, dalam posisi long (akan dibincangkan secara detail dalam kelas)
anda menutup posisi pada harga RM 2010.00, maka margin keuntungan anda adalah 10 tick atau RM 10.00 didalam platform dan cara pengiraan profit/loss seperti dibawah:


10 tick @ RM 10.00 X RM 25.00 = RM 250.00 @ 1 lot


Maka jumlah keuntungan anda sebanyak RM 250.00 untuk 1 lot, jika anda rugi kiraannya tetap sama.


Jika anda mempunyai pegangan sebanyak 10 lot X RM 250.00, maka total keuntungan kasar anda adalah RM 2500.00


Diingatkan FCPO ini tinggi risiko! "High Risk, High Return" dan risiko ini dapat dikurangkan dengan adanya pengurusan risiko yang baik. dinasihatkan tidak berdagang jika tiada ilmu kelak merana! 




Waktu berdagang FCPO ini adalah pada :

Sesi pagi 
10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari

Sesi petang 
3.00 petang sehingga 5.00 petang


FCPO menjana duit poket, YA!

bagaimana?


Jika anda mempunyai 1 lot

secara minima jika 1 hari anda berjaya mendapat minimum 4 tick

kiraannya 1 lot @ 4 tick X RM 25.00 = bersamaan RM 100.00 secara kasar

jika anda berjual beli 10 hari maka keuntungan anda RM 1000.00


Pada mereka yang mahu menjadikan sebagai pendapatan sampingan, ya sangat baik!


Tapi diingatkan berjual beli di dalam FCPO memerlukan ILMU, EMOSI dan PENGURUSAN RISIKO.


Dicadangkan carilah ilmu bagi sebelum berdagang dan berdiri pada realiti berniaga, ada UNTUNG ada RUGI


Akhirul kalam, entri ini adalah untuk perkongsian maklumat diharapkan bermanfaat kepada pembaca.


"What you did today, will improve your TOMORROW"


Like and Share AKADEMI 161 (klik)

~DRAAZ

Tuesday, 24 November 2015

TEAM AKADEMI 161

Keep It Simple

Team Akademi 161


Mula bicara molek kami di Akademi 161 memperkenalkan ahli-ahli di Akademi 161.


Alhamdulillah jumlah pedagang yang bernaung dibawah Akademi 161, sudah mencecah lebih 201 pedagang. Rata-rata datangnya dari pelbagai latar belakang. 


Jumlah ini meliputi para pedagang yang belajar bermula dari Kelas Basic FCPO, Kelas Online Advance FCPO, dan Kelas Advance Taiko FCPO.


Matlamat kami adalah untuk berkongsi diulang berkongsi dengan para pedagang teknik yang simple (bertepatan dengan tagline Keep It Simple) dan boleh menjana keuntungan secara konsisten.


Di asaskan oleh 2 orang profesional, yang berbeza latarbelakang.




Secara ringkas berkenaan nama Akademi 161, nama ini diambil bersempena dengan aras FIBONACCI 161%, yang dimana di Akademi 161 amat mementingkan penggunaan FIBONACCI 161% dalam berdagang. 


Alhamdulillah ramai pedagang mahir menggunakan sistem ini dan beroleh keuntungan


Antara modul yang disampaikan untuk pasaran hadapan khusus bagi produk FCPO adalah:



A. Kelas Basic Taiko FCPO
B. Kelas Advance Taiko FCPO


InsyaAllah nantikan kelas-kelas yang bakal dianjurkan 2016

Ikuti update perkembangan di laman Akademi 161 (Facebook) dan di Blog Akademi 161

Like dan follow kami.



Tempat : Shah Alam

Durasi : 2 hari ( 1 hari kelas dan 1 hari Livetrade)

Whatsapp: 013 250 3149 (Mr Akmal Aizuddin)




PENGENALAN TENTANG PASARAN HADAPAN


Apa itu Futures Market atau dalam Bahasa Melayunya adalah PASARAN HADAPAN?


Pasaran hadapan juga dikenali sebagai pasaran derivatif, tidak ramai dikalangan kita yang tahu akan adanya instrument derivatif ini.


Pasaran hadapan adalah, satu  kontrak jual beli (saya jual dan anda beli) bagi menentukan  harga produk seperti indeks, komoditi dan lain-lain pada masa hadapan. Oleh yang demikian ianya diberi jolokkan Futures Market.


"Bahasa mudah faham, kita berjual beli pada hari ini bagi menentukan harga pada bulan hadapan, sebagai contoh"

Definisi teknikalnya:


Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:
“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”(pakdi.net)

Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio pelaburan. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu. 


Terdapat pelbagai produk pasaran hadapan ini jika di Bursa Malaysia antara yang popular:



1. FCPO (Futures Crude Palm Oil-Pasaran sawit Hadapan)

2. FKLI (Pasaran Indeks Hadapan Kuala Lumpur)


Jika produk hadapan luar Malaysia yang popular adalah:


1. CL (Pasaran Minyak Mentah)


2. ZL (Pasaran Minyak Soya)


3. Pelbagai lagi boleh layari Investing.com untuk maklumat lanjut


Pasaran hadapan ini boleh dikatakan risikonya amat tinggi!, tetapi dengan ilmu kita sebagai pedagang dapat mengurangkan risiko berdagang dengan adanya ilmu.


Mengapa kami berniaga di Pasaran hadapan?


1. Tidak perlu pening memilih dan evaluasi produk.


2. Tidak perlu mencari pelanggan dan menjaja (InsyaAllah sudah ada pelanggan)


3. Margin keuntungan yang besar! Tapi awas ini adalah perniagaan RUGI itu pasti!


4. Boleh berjual beli secara fleksible tempatnya (Saya memilih hanya dirumah)


5. 9/10 kekayaan sabda Nabi Muhammad S.A.W adalah daripada perniagaan.


6. Pasaran dua hala (harga turun boleh untung, harga naik juga boleh untung)


Berdagang dalam pasaran hadapan memerlukan ilmu dan emosi yang secukupnya, nasihat kami, galilah ilmu sebelum berperang!


Nota: ini merupakan entri awal, dan pihak kami Akademi 161 akan berkongsi lebih banyak info tentang pasaran hadapan